Sunday, June 21, 2009

Mano ghaib PEMUDA UMNO?

Apa ini PEMUDA UMNO? Apakah orang UMNO syok sendiri? Mewah dalam kelangkang PENJAJAHAN sendiri?

Tak kan ramai berhimpun di Manek Urai? Kenapa Program Kenegaraan Mengupas Isu Perpaduan dalam Perspektif Perlembagaan Persekutuan, tak do yang hadir...? Bangun memberi maklumbalas kepada awam pun tak do?

Bukan calang-calang manusia yang bori syarahan, mantan Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan, dahlah dio orang Rombau...tak bosar faedahnya, ado anak warish yang bijak mendalami ilmu Perlembagaan Persekutuan.

Hongeh, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional buat program ILMU yang begitu besar darjah JIHADnya....

Anak Banjar memang naik semangat dan sheikh untuk "memBELASAH" orang UMNO, apa lagi PEMUDA UMNO! Inilah medan mendalami pengetahuan yang CETEK dan DENGKEL. Kalian sudahlah tidak PANDAI berPIDATO, apabila di adu-domba "mulalah jadi KARUT-MARUT"....

Lain kali, ado insan yang bosar dan BIJAKSANA macam Dato Mohd Nor Abdullah tu, poie dongar dengan HATI YANG TENANG dan BERLAPANG FIKIRAN. Sedarlah orang UMNO, bahawa Perlembagaan Persekutuan merupakan Pegangan dan Kitab TERTINGGI pemerintahan negara Malaysia. Selagi kalian, samar-samar dan kelabu asap...JANGAN HARAP BOLEH MENGURUS DAN MEMIMPIN ZAMAN DAN TAMADUN BANGSA....

Anak BANJAR, amat SEDIH dengan kedudukan wilayah kekuasaan POLITIK UMNO, apa lagi PEMUDA UMNO, yang langsung tidak PRIHATIN dan PEKA kepada titik-titik perubahan besar dan MERBAHAYA yang telah di PRA-TONTON dan SIARAN LANGSUNG sejak 5 tahun terdahulu...Kita membuat kesalahan yang sama, setiap kali...dan bermusim. Kesalahan tersebut diulang-ulang tidak kurang 3 kali dan tidak lebih 7 kali...

Pergi belajar ILMU PERISIKAN untuk dapat membantu perspektif politik Saudara-saudara.

Anak Banjar amat GUSAR, kiranya saudara-saudara GAGAL menilai dalam diri, TERGADAI BODY.

Ada pesanan seorang guru Anak Banjar, katanya "Kalau saudara ingin berbakti kepada rakyat, jadilah insan yang mengurus BAKTI dengan AMAL BAKTI, kalau saudara ingin berjuang untuk rakyat dan kepada rakyat, jadilah insan yang mengurus BAKTI dengan JIWA, AMAL BAKTI, jika saudara ingin berjuang dan berbakti kepada rakyat, untuk rakyat dan daripada rakyat, jadilah insan yang mengurus BAKTI dengan JIWA, ROH, ILMU, AMAL BAKTI...yang dengan dan keranaNYA...saudara akan SEDAR bahawa Perjuangan ini Masih Jauh dan Berliku, Hanya Yang Cekal dan Tabah akan Meniti Perbatasan ini".....

Saudara-saudara UMNO, Kepemimpinan POLITIK UMNO, Umat Melayu dalam UMNO...renunglah warkah pesanan ini, kerana insan ini telah Mencipta SEJARAH bangsaNYA.

Hidup MELAYU, Allah Hu Akbar.

2 comments:

Anonymous said...

Bukan xnak pergi atau xminat.. Cume tak di war-war kan acara-acara yang diadakan. Kalau xtahu macam mane nak pergi. Yang tahu cume penting diri. Nak berkarya lebih jer buat ape. Cube buat papan kenyataan kat BLOG nie. Bagi tahu perjalanan dan penyertaan untuk pemuda atau ahli pemuda cawangan-cawangan. Pemuda BHG/Ketua Penerangan kene pastikan ketua pemuda cawangan atau pun pengerusi DUN diberi maklumat supaya setiap aktiviti dan program yang dijalankan berjaya memperoleh kerjasama sokongan yang padu dari semua.Pemuda UMNO takan ghaib jika pencatur tak tinggalkan. Itu namanya SETIAKAWAN.-celik

budak pemuda said...

Aku setuju dengan anonymous tu. Lagipn sekarang tengah sibuk mesyuarat cawangan. kene pergi . x pergikang x cukup koram. x cukup koram kena gantung. x dapat nak teruskan perjuangan.