Kerja-kerja membaikpulih rumah dilaksanakan di rumah Nenek Jamilah,80 tahun di Sg Machang Ulu dibawah Program amal jariah Kerajaan BN. Pen. Setiausaha Pemuda UMNO Sg Machang Ulu Sdr. Safuan Mohd Yusof menyampaikan sumbangan pemuda kepada nenek Jamilah sambil diperhatikan oleh Pen Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Seremban.
Mesyuarat cawangan-cawangan telahpun sampai ke penghujung masa. 30 haribulan Jun menandakan tarikh terakhir mesyuarat-mesyuarat cawangan peru dilaksanakan.Penting juga mesyuarat-mesyuarat ini dilaksanakan kerana ia penunaian tanggungjawab kepada parti mengikut perlembagaan parti sendiri.
Setelah tamat perlaksanaan mesyuarat-mesyuarat cawangan,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban akan terus melakukan kerja-kerja menyusur akar membuat capaian kepada golongan yang memerlukan bantuan.Jangan sangka hidup di bandar tidak ada golongan susah yang memerlukan bantuan. Dalam polemik pemimpin cawangan UMNO heboh nak letak jawatan kerana kecewa kononnya, ramai keluarga Melayu yang terpaksa berjuang untuk hidup kerana kesusahan dan kepayahan yang menimpa mereka.
Justeru itu, Pergerakan Pemuda meminta dan memohon kepada ahli-ahli pemuda dan pembaca blog ini yang tinggal di Seremban untuk bersama-sama membantu dengan menyalurkan maklumat kepada Pergerakan Pemuda UMNO tentang masalah rakyat dan golongan yang memerlukan bantuan di persekitaran mereka.
Maklumat boleh disalurkan kepada pergerakan pemuda melalui email: pemudaseremban@gmail.com atau sila SMS ke talian 012-6836080
Maklumat yang diterima akan dikumpul dan kunjungan akan dilaksanakan bagi mengenalpasti jenis bantuan yang diperlukan seperti bantuan baikpulih rumah,komponen bantuan Pembasmian Kemiskinan Bandar, JKM dan sebagainya.
Mungkin anda akan berkata ini hal JKKK kenapa Pergerakan Pemuda nak sibuk? Bagi kami dari kita berpolemik tentang perlantikan JKKK mari kita sama-sama beri kerjasama dan bantu.Bukankah itu lebih bermanfaat untuk orang Melayu?
Mari kita mengubah perspektif dan meletakkan UMNO sebagai sebuah parti yang membela untung nasib orang Melayu!
0 comments:
Post a Comment