Saturday, May 9, 2009

Gerak Langkah PEMUDA Seremban

Gerak Langkah Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Melihat kepada kekuatan pasukan PEMUDA UMNO Bahagian Seremban 2008-2011, terpanggil untuk mengirim serba sikit perkara yang boleh dipermolek dan diperindah oleh barisan hadapan PEMUDA UMNO ini.

1. Buat diari harian untuk "task force khas" mengunjungi semua Surau yang ada dalam Bahagian Seremban, dan lawat beberapa lokasi strategik sekitar Surau tersebut. Antaranya Tandas, Tempat Wuduk, Kebersihan lantai dalaman, keindahan lanskap dan sisi-sisi cermin dan pintu Surau. Koleksi kitab dan risalah ilmu yang ada dalam Surau. Tahap keusangan dan keuzuran tertentu surau tersebut.

2. Buat diari untuk berkunjung ke Semua Masjid dalam Bahagian Seremban. Lakukan gerakan yang sama di atas dan beri tumpuan kepada kawasan Audio dan Sistem Visual, Mimbar dan Celahan Daun Pintu, Mimbar dan sebagainya.

3. Buat lawatan ke Semua premis Balairaya di Bahagian Seremban.

4. Buat lawatan ke Semua premis Padang dan Tapak Rekreasi dalam Bahagian Seremban.

5. Pergi melihat dengan mata kepala sendiri, di semua premis Pasar Rakyat dalam Bahagian Seremban, buat proses pemantauan Harga, tanya dan kaji bagaimana Harga Di Tentukan Oleh Pemborong atau Cartel Pembekal!

6. Semua Urusetia Zon buat kerja lapangan. Tak cukup RM, buat belanjawan Mengurus dan kaji bagaimana boleh memperoleh sejumlah RM untuk merancak gerakan Pemuda! Bukan pulun kerja kontrak, belakang makan habis sampai tertonggeng... Setiap 5% disumbang kepada Tabung Tadbir Urus PEMUDA UMNO Bahagian Seremban...

7. Setiap Urusetia Zon buat senarai semak dan laporan bergambar dan bertulis yang memberi justifikasi. Inilah kaedah penaklukan PRU-13.

8. Mesti ada aktiviti ILMU Bulanan secara Massa. Dengan himpunan jadual yang menarik dan pembicara Ilmu yang berkesan. Ini penting untuk mendapat cahaya ILMU dan pendekatan TAWANAN KALBU amat strategik.

9. Mesti buat hubungan komunikasi bijaksana dengan Semua YBM dan YBTM, juga semua Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, agar banyak isu rakyat beres dan diperjelas.

10. Buat misi Kunjungan Hormat kepada DYMM Yam Tuan Besar, agar dapat memberi perspektif baru kepada DYMM. Pemuda UMNO Bahagian Seremban sebagai barisan kepimpinan bertali dan bersedi Adat.

11. Buat misi Kunjungan Hormat kepada Datuk Undang Kelana Putra, Luak Sungai Ujong.

12. Buat misi "Nostalgia UMNO 63 tahun Seremban" dengan mengadakan pertemuan ehsan budi bakti kepada semua mantan Ketua Bahagian Seremban, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita, Veteran UMNO yang banyak menyumbang amal bakti kepada UMNO Seremban termasuk mantan-mantan YAB Menteri Besar.

13. Buat misi "Mengangkasa Pemuda UMNO" dengan mengadakan latihan-latihan kepemimpinan dengan BTN, IIM, JASA, MKN, JAKIM, ATM, PDRM, KBS, JPAM DAN SMART.

14. Pemuda UMNO Bahagian Seremban tubuhkan Pasukan BOMBA Sukarela UMNO Seremban, 1 x Kompeni Askar Wataniah 508 Rej 1, Pasukan Polis Sukarela Seremban, Pasukan Pertahanan Awam 991 JPAM Seremban, Pasukan Rela Bahagian Seremban, Pasukan Penyelamat Khas SMART Seremban... Ini semua merupakan pasukan sukarela yang berorientasi ilmu dan berhak menerima saguhati latihan sebagainya...termasuk markas-markas taktikal untuk diwujudkan.

15. Pemuda UMNO Bahagian Seremban wajar berfikir untuk membina Kumpulan Pemikir Pemuda untuk Tugasan Khas Perisikan, Kumpulan Pemidato Pemuda, Kumpulan Usahawan Melayu yang berJATI DIRI tinggi untuk membantu selesai kemaslahatan ummah di Seremban, pasukan Ronda Masalah Rakyat, dan Kumpulan Khidmat Sosial Belia... Semua ini boleh dilaksana dengan iltizam dan rangka kerja, dasar, strategi dan geran duit ringgit Permulaan yang baik daripada usahawan dan anak Melayu yang sudi menderma dan menyumbang.

16. Inilah "Doktrin atau Kertas Putih 20 tahun Pemuda Bahagian Seremban". Kata mesti di Kota. Kita boleh melihat prestasi yang boleh dibangga dengan penglibatan ramai pihak, bukan sahaja anak Melayu malah anak-anak bangsa lain di Malaysia.

17. Pemuda UMNO mesti bukan sahaja boleh BERSILAT, tetapi boleh juga BERSILAP dan BERSILAU. Dalami ilmu keGayungan "SILAT, SILAP, SILAU"...Moga Allah s.w.t. memberi rahmat dan menempat Almarhum Guru Hj Abdul Rahman, di kalangan para solihin dan syahid...Amin

4 comments:

Anonymous said...

tuan tahu tak kp bahagian tak buat apa pun dah 1 tahun jadi kp bahagian,apa yg tuan cadangkan tu masuk kiri keluar kanan,apa yg kp bahagian buat besarkan perutnya sendiri saja,yg lain2 pergi mampus semua.........

Dato X said...

dulu masa kau cakap "TEKAK HAUS BOS" -"PERUT LAPAR BOS" baru kau ingat "KETUA PEMUDA (KP)". sekarang kau ckp pulak kp jaga perut sendiri. dah bg kau mkn sampai kenyang kau buruk2kan orang pulak. kau pun lagi teruk dpd BUAYA skrg ni. dah memang lumrah ikut perangai BINATANG.

kamal said...

..ermph

kamal said...

ff