Wednesday, May 27, 2009

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN SERTA KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Dalam Berita Buletin 3 di saluran TV 3 malam tadi ada di siarkan tentang wujud suatu gerakan yang dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghidupkan gerakan komunis di Malaysia.

Menteri Pertahanan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Saya tidak dapat memaklumkan secara khusus tentang adanya gerakan untuk hidupkan ideologi komunis dalam negara, tetapi ada macam suatu usaha yang berbaur komunis yang cuba dihidupkan semula oleh beberapa badan yang tidak berdaftar dan ada juga yang mahu hidupkannya melalui parti politik,"

Pada hemat KERISMUDA gerakan untuk menghidupkan semula idealogi komunis bukan hanya wujud baru-baru ini tetapi telah bermula beberapa tahun lalu.

Di awal tahun 2007 dahulu, Menteri Penerangan pada masa itu, Datuk Zainuddin Maidin telah secara terbuka melahirkan rasa tidak senang tentang pembinaan tugu peringatan di Sarawak dan juga di Nilai yan dibina memperingati kematian ahli-ahli MPAJA (sayap gerakan Komunis) dan mengiktirafkan mereka sebagai pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.





Di Nilai, Tugu Peringatan ini masih wujud kerana ia dibina di atas tanah persendirian di Nilai Memorial Park dan tidak banyak Kerajaan mahupun Kerajaan Negeri dapat lakukan untuk menyekat pembinaan tersebut.

Kenyataan umum Datuk Zainuddin Maidin tersebut telah mengundang kecaman hebat dari parti DAP dan pemimpin –pemimpin mereka seperti Dr Lim Kit Siang dan Ronnie Liu yang mengatakan bahawa Datuk Seri Zainuddin Maidin buta sejarah dan sebagainya Mereka menganggap bahawa ahli-ahli MPAJA yang gugur tersebut sebagai pejuang kebebasan yang berjuang melawan pendudukan tentera Jepun d tanah Melayu.

Sementara itu pembinaan Tugu Peringatan tersebut diteruskan dan upacara perasmian dan pengebumian semula 18 pejuang MPAJA di Nilai telah dibaut secara besar-besaran yang turut di hadiri oleh Datuk Tan Chai Ho, Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia pada masa itu.

Pada masa itu, sedikit sangat reaksi kurang senang timbul dari rakyat,termasuklah salah satunya dari seorang ketua pemuda cawangan UMNO Jalan Kuala Pilah (kini, Penolong Setiausaha Pererakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban) yang telah menulis dalam ruangan Forum akhbar Utusan Malaysia pada 5-1-2007 bertajuk "Tugu Peringatan Nilai mengundang kekeliruan” yang mana antaranya dinyatakan:-

“….Oleh itu, adakah memperingati pemimpin PKM ini sebagai wira atau hero suatu konsep yang sesuai dan boleh diterima? Lebih-lebih lagi PKM telah melakukan banyak jenayah pembunuhan ke atas orang yang tidak berdosa di tanah air ini selepas Jepun menyerah kalah.

Adakah pembinaan memorial ini mengambil kira sensitivi
ti ahli keluarga mangsa keganasan PKM dan ahli keluarga pasukan tentera yang gugur menentang komunis?

Oleh itu, saya amat bersetuju malah menyokong pe
ndirian Zainuddin bahawa memorial tersebut secara tidak langsung dibina sebagai memberi makna untuk memperingati pemimpin PKM sebagai wira atau hero. Ini sepatutnya tidak dibiarkan kerana sensitiviti dan sentimen umum terhadap komunis di Malaysia telah tidak diambil kira.

Merujuk pula kepada pembinaan tugu bagi memperingati hero Malaya dalam gerakan menentang penaklukan Jepun yang dibina di sebelah memorial tersebut, saya tidak nampak rasional untuk keperluan bagi pembinaan tugu tersebut.


Saya percaya Tugu Negara yang terletak di Kompleks Tugu Negara, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur sudah cukup sempurna untuk memperingati jasa pahlawan negara. Tugu pertama dibina bagi memperingati tragedi kemanusiaan dan jasa pahlawan negara dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).

Binaan tugu kedua yang menggambarkan sekumpulan pahlawan mengibarkan Jalur Gemilang dibina bagi memperingati 11,000 pahlawan negara yang gugur semasa Darurat (1948-1960).
Di negara ini, tarikh 31 Julai setiap tahun telah dipilih
sebagai Hari Pahlawan dan setiap tahun upacara memperingati jasa pahlawan negara dilakukan dengan penuh penghormatan.

Oleh itu, apakah rasionalnya membina tugu untuk memperingati hero Malaya menentang penaklukan Jepun di tanah perkuburan Cina? Adakah motif pembinaan tersebut hanya menjurus kepada memperingati perjuangan kaum Cina atau gerakan MPAJA yang sebahagian besarnya dianggotai oleh kaum Cina?
Sesungguhnya saya percaya pembinaan tugu di tanah
perkuburan ini hanya akan mengundang kekeliruan kerana Chin Peng dan anggota komunis lain juga boleh mengaku wira atau hero dalam konteks tugu tersebut dibina.

Tahun ini kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-50 dan dengan meluahkan pendapat ini, sama sekali tidak bermakna saya hendak menafikan sumbangan orang Cina terhadap kemerdekaan dan pembangunan negara.

Namun sekiranya cara ini dimaksudkan sebagai simbol sumbangan orang Cina kepada kemerdekaan negara, ia sesuatu yang amat mengelirukan.


Saya juga berharap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat memainkan peranan dalam melihat serta memantau pembinaan memorial atau tugu peringatan yang dibina dalam negeri atau kawasan PBT selaras dengan dasar dan wawasan negara. Pembinaan memorial atau tugu peringatan yang tidak selaras atau tidak menepati dasar dan wawasan kerajaan haruslah disekat dan dihentikan.”

– ABDUL HALIM LOKMAN,
Seremban, Negeri Sembilan.


Selain itu, wujud juga usaha lain untuk membangkitkan idealogi komunis semula yang dilakukan antaranya melalui penulisan dan buku.

Chin Peng dalam komentar bukunya Alias Chin Peng My Side of History jelas menunjukkan usaha untuk memupuk idea sosialis kepada generasi muda Malaysia.



Petikan dari komentar bukunya:-

Despite his experiences and the bitter pill of ultimate defeat, Chin Peng restates his faith in the socialist future for Malaysia and the world. The tragedy of those like him and his followers was that he was trapped within a Stalinist framework. His and his comrades’ heroic struggle was doomed, partly because of the objective circumstances, which were not a simple replication of China or Vietnam, and partly through the mistakes, some honestly admitted, by Chin and the CPM leadership. He states: “I am still a socialist. I certainly still believe in the equitable distribution of wealth, though I see this could take eons to evolve… In the Malaysian context, I have definitely dropped the idea of the dictatorship of the proletariat as the central concept for an administrative blueprint.” Genuine Marxism long abandoned the formula of “dictatorship of the proletariat” because of its association with the dictatorial bureaucratic regimes of Russia, Eastern Europe and China. However, its original usage by Marx, Engels, Lenin and Trotsky meant workers’ democracy. This idea retains its full validity today.

This is a book full of many lessons for the modern generation seeking the correct means of struggle against capitalism in Malaysia and worldwide. It is a cautionary tale about the limits of guerrilla war. Those with a keen eye will seek out the lessons of this important book, the role of the working class in the socialist revolution, the need for democracy of the parties that f
ight for such an idea, and the absolute necessity for workers’ democracy in the state that ushers from a revolution, in transition between capitalism and socialism. We can salute those who heroically fought against British imperialism but the new generation, standing on their shoulders, must learn the lessons in preparing for the new socialist future.




Antara buku yang diterbitkan oleh UKM

Selain dari itu,wujud perkembangan yang mengejutkan apabila pihak Universiti Kebangsaan Malaysia menerbitkan buku-buku mengenai pemimpin –pemimpin komunis Melayu bertajuk “ Memoir Ibrahim Chik: Dari API ke Rejimen ke 10 “, Memoir Shamsiah Fakeh : Dari AWAS ke Rejimen ke 10 dan Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Kesemua buku-buku ini cuba menggambarkan ahli-ahli komunis Rejimen ke 10 (Sayap Gerilla Komunis yang terdiri dari bangsa Melayu) merupakan pejuang-pejuang kemerdekaan.

Adakah semua ini satu kebetulan? Bagi KERISMUDA ini semua adalah bibit-bibit dari sebuah MASTER PLAN untuk pihak-pihak yang inginkan idealogi komunisme hidup semula di Malaysia. Apatah lagi pada zaman kepimpinan Pak Lah, Parti Sosialis Malaysia telah dibenarkan pendaftarannya oleh pihak Pendaftar Pertubuhan!

KERISMUDA menegaskan apa yang diperkatakan oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sememangnya wujud dan seharusnya serta sewajibnya diambil tindakan pencegahan segera!

Sekiranya idealogi ini dibiarka terus menular, ia bakal meracuni minda rakyat Malaysia seperti apa yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 yang mana idealogi komunis telah meracuni minda anak muda Melayu terpelajar seperti Syed Hussin Ali, Syed Hamid Ali dan Abdul Rahman Embong ( sekarang Datuk Dr Abdul Rahman Embong, Felow Penyelidik Utama Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kerajaan pada tahun 1970 telah melancarkan Prinsip Rukun Negara yang mana antara prinsipnya adalah KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN SERTA KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Di sebalik prinsip-prinsip ini yang juga merupakan idealogi negara, adalah untuk rakyat Malaysia menerima kepimpinan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dan menolak sama sekali idealogi komunis yang TIDAK MEMPERCAYAI TUHAN serta mahukan sebuah negara REPUBLIK yan tiada RAJA tetapi di perintah oleh Badan Proletariat.

Oleh itu saudara seperjuangan sekalian , bangkitlah! Ini adalah ancaman kepada negara!

1 comments:

Anonymous said...

nice one, i just added tons of different emo backgrounds on my blog
http://www.emo-backgrounds.info