Friday, May 8, 2009

NILAI KEPEMIMPINAN PEMUDA UMNO

Nilai Kepemimpinan "Leadership Attributes" Pemuda UMNO

Sudah tiba masanya bersempena 63 tahun usia UMNO pada 11 Mei 2009 ini, Pemuda UMNO khasnya menilai dan meneliti semua pendekatan yang pernah disua kepada masyarakat khususnya umat Melayu di Malaysia.

Kesamping soal pangkat, darjat, jawatan, kedudukan sosial, kuasa, kekayaan material, ideologi@faham politik siasah mahu pun idealisme survival serta rutin harian. Beri tumpuan kepada perihal Senandung 63 tahun UMNO...Apa yang telah berlaku, dan implikasi hari ini untuk PEMUDA UMNO masa depan, khususnya Bahagian Seremban.

Marilah semua yang melayar KERISMUDA, laman PEMUDA UMNO SEREMBAN ini insaf... bahawa simpati bukan resepi Ceritera POLITIK, bahawa empati iaitu sikap melihat dan menghayat untung nasib, keluh resah, gundah gelana umat Melayu ialah REMPAH-RATUS politik UMNO khususnya PEMUDA...

Apa dah jadi dengan Seremban? Setelah 10 penggal sejak tahun 1979 lagi...Di mana anak Melayu Muda? Apakah resolusi dan pendekatan Pemuda UMNO Seremban 30 tahun lalu, merupakan "rindu bayangan"... sekadar "di pinggiran"...

Di mana mantan-mantan kepemimpinan PEMUDA Seremban....Apakah ini kesan globalisasi 30 tahun lalu atau kesan "tamak, rakus, gempita slogan" yang bercorak musiman?

Kepemimpinan Pemuda UMNO punya Peraturan dan Perlembagaan tubuh tersendiri, wujud sebagai entiti berdikari dan berkarektor dengan Idealisme dan Perjuangan Panca Warisan... Nilaikan semula selama 63 tahun...? Apa langkah dan gerak silat yang SUMBANG?....

Tiada guna berkampung dalam Tanah tidak bertuan...Tiada sengat dan bisa dalam lubuk yang penuh temberang...Tiada daya dan usaha tanpa Wawasan Mulia yang mesti punya Jiwa, Raga, Nafas, Naluri, Sifat, Langkah dan Gerakan Juang .....

Nilaikan kembali agar 63 tahun UMNO tidak dikongsi oleh pewaris kepemimpinan kePEMUDAan UMNO yang "LUPA DIRI, TIADA AKAR, TIDAK BERTUAN, JAUH DARIPADA UMBUT BANGSA DAN HAMPIR KEPADA HAMPARAN EMAS INTAN PERMATA"....

Semak kembali semua keputusan dan pendekatan Pemuda UMNO yang bermesyuarat kurang lebih 30 tahun lalu..

Semak kembali semua gerak jaya dan gerak gagal sejak 30 tahun lalu...

Buang PENYAGAK, PENYAMUN, PEROMPAK, PEROGOL, PEROSAK dalam kepemimpinan Pemuda UMNO... Ada berani...!

4 comments:

Anonymous said...

Hui bedegang bunyinya artikel ini. Tapi seolah dah jadi tradisi orang melayu dah bedegang baru tegadah. bagi orang muda macam aku ini setuju kita menilai semula bila gelar diri kita sebagai pemuda.

Pemuda adalah benteng kepada UMNO tak kira di bahagian ke cawangan ke ataupun di peringkat pucuk.Perlu mendokong kepimpinan tetapi bukan bermakna bodoh seperti lembu dicucuk hidung.

Aku pemuda bahagian Seremban dan hati aku hajat aku mahukan perubahan khususnya di bahagian Seremban.Saf kepimpinan baru pemuda di Seremban berlainan dari dulu dan bukan muntah dari perut kepala pemimpin nya yang kian lama kian usang dan lesu.

Berani atau tidak , pemuda harus menongkah perubahan!

Anonymous said...

perubahan mcm mana lagi nak buat,kp yg ada ni lebih teruk dari kp yg sebelum2 ni,adakah pemuda yg ada ni telah buta atau dah di butakan matanya atau dah jadi adat dalam umno kp yg habis umur buat kerja mcm lepaskan batuk di tangga.betul kp bahagian yg ada ni bukan muntah dari perut ketua bahagian dan bukan lembu yg dicucuk hidung tapi buaya lapar yg akan makan apa yg ada didepan mata,buaya tak akan kongsi apa yg dia dapat,dia akan makan sorang.....

Anonymous said...

ha..ha..ha..,betul tu apa yg saudara tuliskan tu.makan sorang buaya biasalah

Dato J said...

bukan buaya je mkn seorang tp KERBAU pun dah tamak mkn sorg2