Sunday, May 17, 2009

Orang Melayu terbuka untuk bertolak ansur bukannya terbuka untuk ditolak beransur-ansur



  1. Baru-baru ini Presiden MCA, DS Ong Tee Kiat dengan lantangnya mendesak agar Kerajaan mengkaji semula pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana katanya banyak aduan pelajar Cina yang menurutnya layak tetapi tidak menerima biasiswa untuk menyambung pelajaran keluar negara.
  2. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong pula menegaskan desakan parti (MCA) itu bersandarkan konsep 1 Malaysia. " Ini bukan soal bumiputra atau tidak. Jika anak Melayu yang dapat 13A1 dan tidak ditawarkan tempat ke luar negara ia juga menjadi isu yang dibincangkan. Perjuangan MCA adalah berkonsepkan 1Malaysia tanpa mempertibangkan sesuatu isu itu daripada perspektif yang sempit" katanya
  3. Kalau dilihat hujah kedua-dua pemimpin MCA ini,ramai orang termasuk orang Melayu sendiri mungkin termakan dengan desakan mereka. AWAS! Kita perlu AMAT BERWASPADA dengan hujah yang bersandarkan konsep 1 Malaysia ini,takut-takut ia penuh berstrategi untuk menidakkan landasan Kontrak Sosial yang telah landasan persefahaman antara kaum yang wujud sejak merdeka lagi.
  4. Mari kita lihat beberapa fakta berkait dengan perkara ini. Terma Kontrak Sosial menyatakan orang Melayu diberikan sedikit keistimewaan di negara ini. Ini bukan cakap kosong kerana ia telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 153. Artikel 153 antara lain menyata Yang DiPertuan Agong boleh merezabkan kuota khas untuk orang Melayu dalam bidang perniagaan, pelajaran (termasuk biasiswa) dan penjawatan dalam sektor awam. Itu adalah apa yang termaktub dan itulah faktanya.
  5. Jika dirujuk dalam Perlembagaan juga,keistimewaan orang Melayu ini tidak boleh sewenang-wenangnya dikaji kerana Artikel 38(5) Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya terlebih dahulu sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran dibawah Artikel 153. Oleh itu apa-apa kajian semula tentang pelajaran atau biasiswa mestilah mendapat kelulusan dari Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Tidak boleh buat kajian sahaja dan tidak boleh ditidakkan sewenang-wenangnya peranan Majlis Raja-Raja Melayu.
  6. Tahun 2008, Kerajaan pimpinan Pak Lah telah amat baik dan bertolak ansur mengkaji semula struktur pemberian biasiswa JPA ini kepada 55% Melayu/Bumiputra dan 45% kepada kaum-kaum lain. Walaupun ini menerima banyak tentangan orang-orang Melayu tetapi struktur ini kekal.
  7. Rakyat Malaysia berjumlah 22 juta orang. Jumlah peratusan rakyat mengikut kaum di Malaysia ini, Melayu adalah 55% Cina 26% India 7% dan lain-lain 12%.Struktur ini cukup menggambarkan agihan yang adil berdasarkan peratusan jumlah rakyat di Malaysia ini.Jadi apa lagi yang MCA ni tak puas hati?Nak kaji lagi 55% yang diberikan kepada orang Melayu ? Nak ambil lagi hak orang Melayu atas konsep 1 Malaysia? Nak ditolak lagi orang Melayu ni ke tepi? BEDEBAH!
  8. Fakta yang perlu kita semua ketahui sekarang ini adalah jumlah pelajar Melayu yang sedang mengikuti pengajian di IPTA , IPTS di Malaysia dan di universiti-universiti di luar negara hanya 175,000 orang ,manakala jumlah pelajar kaum-kaum lain Cina, India dll di IPTA , IPTS di Malaysia dan di universiti-universiti di luar negara adalah seramai 250,000.Faktor kemampuan adalah antara faktor yang mempengaruhi polarisasi ini. Kaum lain mampu untuk menghantar anak mereka belajar di Universiti tetapi orang Melayu masih perlu dibantu!
  9. 175,000 ini mewakili 0.014% dari 12.2 juta orang Melayu di Malaysia.250,000 mewakili 0.025% dari 9.9 juta kaum lain di Malaysia. Fakta nombor ini cukup menjelaskan orang Melayu jauh ketinggalan berbanding kaum lan di Malaysia. Justeru itu mereka perlu dibantu dan bukan ditolak beransur-ansur! Konsep 1 Malaysia mengutamakan RAKYAT DIDAHULUKAN. Bukan RAKYAT DINAFIKAN!
  10. Oleh itu Mr Ong, THINK BEFORE YOU TALK!

1 comments:

Anonymous said...

Memang benar apa yg dikata oleh sahabat kita ini dan memang ada soalan yg terbenak dan membuak dihati pd hari Dato Ong membuat statement tempohari tp telah dijwb oleh pegawai kanan kementerian keesokan harinya. Pd Dato Ong atau sesiapa yg berkenaan jgnlah mengeruhkan suasana yg telah ditolak ansur pemimpin terdahulu tp cerminlah diri sendiri sebelum meminta yg bukan2 dan melebihi. Perkuatkanlah parti MCA dulu dan jgnlah jd juara bangsa kononnya khusus ketika kesetiaan perpaduan sedang diuji rakyat akibat penipuan,fitnah serta propaganda pembangkang selama ini. Telah 40 tahun kejadian 13 Mei telah berlalu...dasar DEB hanya mengkhususkan 30% utk bangsa Melayu di negara sendiri pun masih terkial2 utk digapai....kita langsung tak mengenepikan kemajuan dan nasib kaum2 lain. Sudahlah Dato Ong dan mereka yg oppurtunist...work to strengthen your party not your identity. Just don't act according to your taste only....we do have our limit too. Walk the talk Dato....as a new Party Leader.