Friday, May 22, 2009

PEMUDA UMNO SEREMBAN MENYOKONG PROGRAM SATU KOMUNITI SATU PERSATUAN




Imam Al Ghazali pernah berkata " Untuk mengetahui untung nasib sesuatu bangsa di masa hadapan, lihatlah pada generasi muda bangsa itu sekarang"


Sesungguhnya kata-kata Imam Al Ghazali itu memberikan nilai yang besar tentang peranan generasi muda kerana di atas generasi muda lah terletak untung nasib sesuatu bangsa.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada akhir bulan Mac yang lalu telah melancarkan program dinamakan SATU SUARA: SATU KOMUNITI SATU PERSATUAN".Ia adalah initiatif KBS untuk merealisasikan satu platform bagi peranan belia serta orang muda dapat dimainkan dengan berkesan dan suara serta pandangan belia serta orang muda ini dapat di ketengahkan. Antara perlaksanaan program ini merangkumi usaha memperkasakan persatuan belia yang sedia ada serta menubuhkan dan mengupayakan persatuan-persatuan baru. Kaedah penubuhan dan pendaftaran persatuan dipermudahkan malah diberikan insentif serta bantuan modal kepada persatuan tersebut.

Bagi Parlimen Seremban disasarkan sebanyak 500 persatuan baru ditubuhkan. Setelah KBS diambilalih oleh YB Dato' Ahmad Shabery Cheek, sasaran tersebut telah dipertingkatkan ke 1000 persatuan baru.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban amat menyokong usaha Kerajaan dalam mengiktiraf serta mengupayakan kaum muda melalui program sebegini. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Sdr Shahrul Ekhsan telah merencanakan tindakan kerja yang proaktif agar Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban menyumbang serta membantu merealisasikan usaha murni Kerajaan ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban telah bergerak menggalakkan penajaan persatuan-persatuan belia dengan matlamat agar setiap pemuda cawangan mempunyai persatuan belianya sendiri atau dalam ertikata lain komunitinya sendiri. Disamping itu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban juga telah bertindak sebagai pemudahcara membantu dalam proses penerangan program ini kepada para belia di akar umbi, membantu dalam proses penajaan serta pendaftaran persatuan-persatuan ini. Sejak 8.11.2008 (tarikh pemilihan lepas) sehingga setakat ini, 13 persatuan belia baru telah di taja, 9 di DUN Lenggeng manakala 4 persatuan belia baru di DUN Ampangan. Selepas Mesyuarat cawangan-cawangan selesai, Pergerakan Pemuda UMNO merancang untuk menyambung serta menyusul gerakan proaktif ini di DUN- DUN lain pula.

DENGAN IZIN ALLAH SWT, misi kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban untuk mewujudkan gagasan SINERGI PEMUDA:BELIA di Seremban, akan menjadi kenyataan.

Antara gerakan-gerakan penajaan persatuan belia.....





Justify Full

2 comments:

Anonymous said...

Ese banggo nengok aktif boto S/U Pemudo ...boto2 buek kojo ...harap nawaitu dio botolah ..caro eh macam nak jadi calon wakil rakyat ...
Tapi tengoklah ...dio buek kojo ..Ehsan akan ambik pujian ..S/U ni osah boto tak reti baco politik Ehsan ..tapi kito baco yang baik jelah ....haritu bertanding kalah ...tak paham2 lai ko ...

Ahli GEBOK

Shahrul Ekhsan Hj Osman said...

Salam buat ahli gebok yang perihatin serta peka kepada keadaan semasa tapi saya sekadar menambah fakta serta memperbetulksn kenyataan saudara agar tiada orang nanti yang akan terus mengata kerana buta dari segi ilmu di dada dan senantisa buruk prasangka. Saudara halim memang berbincang dengan saya dan segala tindakan serta perancangan Pemuda UMNO kami akan putuskan dan bincang bersama serta rakan2 Pemuda cuma saya nak tekankan bahawa Halim sememangnya calon yang layak menjadi pemimpin masa mendatang atau yang terdekat ini jika ada ruang serta peluang kerana beliau seorang yang berprinsip dan berani,berkaliber,berilmu serta yang penting mudah mesra dan punya sifat suka kpd konsep bermasyarakat dan sememangnya saya selaku KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN akan menyokong penuh pada apa sahaja ruang dan peluang bagi beliau naik sebagai pemimpin dan tak perlulah orang seperti saudara menyibuk akan hal rumahtangga dan perjalanan cara kami berpolitik demi memperkasakan penyatuan serta memperkuatkan Parti UMNO khususnya dalam Pemuda demi Agama Bangsa dan Negara semata2 dan bukan seperti segelintir manusia yang asyik mengejar kuasa demi tembolok sendiri dan kroni2 yang hanya pandai bercakap dan mengadu domba semata dan tidak yakin akan ketentuan Qada' dan Qadar bila sampai masanya. Segala yang berlaku dalam sekeliling hidup kita ada kena mengena dengan tindakan kita dan dan yakinlah bahawa segala kejadian serta insiden yang telah berlaku ada hikmah serta anugerah istimewa dari ALLAH yang kita sbg insan tidak mampu menjangkau akan ketentuanNYA. Sebagai SU...Halim bertugas cukup profesional dan tak banyak mulut mcm kebanyakan orang2 UMNO khususnya yang "kecewa dan pandai mercakap" sahaja mcm burung kakak tua dan akhir kata dari saya buat tatapan semua pembaca.....En. Halim Lokman adalah antara calon utama yang PEMUDA UMNO SEREMBAN akan perjuangkan dipilih sebagai calon pemimpin jika ada rezeki serta ketentuan dari ILAHI dan hanya kuasa ALLAH sahaja dapat menghalang perjuangan kami semua bagi menaikkan beliau dalam persada politik Negeri dan Negara.....bukan pada manusia yang sejenis spesies seperti saudara yang "menyemakkkan" ruangan blog kami semata. Kami Pemuda UMNO Seremban " tak mati dikeji dan tak hidup pula dipuji" tp yang penting akan kuat bekerjasama dalam kumpulan bagi mencapai cita2...mengembalikan kuasa semula kepada DUN2 yang telah kalah pada PRU yg telah lalu kerana terlalu ramai sangat org di Seremban semacam saudara ini dan inilah yang telah menguatkan semangat saya serta rakan2 Pemuda untuk lebih bekerja keras dalam proses mengembalikan kuasa yang sebenarnya tidak boleh kalah pada awalnya...cuma jauh disudut hati saya merasakan saudara lebih memahaminya kerana saudara tidaklah secerdik dan sebijak Halim cuma suka "tumbuh melata" dan berkata seolah2 tahu segala dan yakin saudara adalah antara mereka yang terlibat dalam agenda apa yang telah berlaku di Seremban selama ini. HIDUP PEMUDA UMNO Seremban!!!! Salam....