Monday, June 29, 2009

Penyakit Berjangkit: KCLJ

Baru hari itu Ketua Cawangan Letak Jawatan (KCLJ). Ceritanya bacalah di bawah
Tapi seolah-olah perkara ini jadi macam penyakit berjangkit sebab malam 26-06-09 seorang lagi Ketua Cawangan letak jawatan. Dah jadi macam wabak pulak dah! Elok aje nama wabak ini diberi nama KCLJ. Wabak Ketua Cawangan Letak Jawatan!

Menurut ceritanya pada 26-06-09 ,cawangan Blok C mengadakan mesyuarat cawangannya. Ketua Cawangannya bernama Ishak bin Malek. Orang semua tahu dia ni penyokong kuat Dato' Ishak,Ketua UMNO Bahagian Seremban. Semasa berucap dia melahirkan rasa kecewanya kerana mengikut dakwaannya dalam keadaan UMNO sedang lemah, MBNS terus menerus menekan kepimpinan UMNO Bahagian Seremban yang ikut katanya mahu mendapatkan sokongan semula dari pengundi. Mengikut rentetan cerita sebagai manifestasi kekecewaannya tersebut dia mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Cawangan bersama lelehan air mata.

Menurut cerita saksi, reaksi ahli yang hadir bercampur baur. Pengikut ketatnya turut menangis. Yang lain-lain "blur".Rahil sebagai ketua puteri bingkas bangun dan membuat usul tergempar supaya Sdr Ishak Malek tarik semula pengumumam letak jawatan! Ada juga yang buat "dirk" aje!

Antara sebab perletakan jawatan adalah kerana perlantikan JKKK baru! Aduh! tak de isu yang lebih bernas ke? Ini baru perlantikan JKKK, esok bila perlantikan ahli Majlis baru MPS/MPN diumumkan mungkin ada Ketua Cawangan yang terjun lombong!

Persoalannya ADAKAH SEDANGKAL ITU PERJUANGAN PEMIMPIN UMNO? KERISMUDA nak ulang kata-kata yang kerap Sdr Ishak Malek katakan; Kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai! Kalau rasa mudah kecewa ,jangan jadi Ketua Cawangan!

Tapi masa mengumumkan letak jawatan, tak de pula cakap nak letak jawatan Ketua Penerangan Bahagian. Kalau betul kecewa letakle skali jawatan Ketua Penerangan! Tak pulak diletakkan!

Yang lucunya ialah Tuk Sidek, wakil pemerhati Bahagian / AJK Bahagian yang hadir dalam mesyuarat tersebut.Dia juga turut menangis semasa Sdr Ishak Malek umum letak jawatan tetapi masa minum teh tarik di Temiang Corner setelah habis mesyuarat, dia yang paling kuat kutuk Sdr Ishak Malek!

Cuma satu perkara yang tidak digemari mungkin akan berlaku. Seperti dinyatakan sebelum ini Sdr Ishak Malek ini adalah pengikut kuat Dato Ishak. Semua orang di Seremban tahu. Dia tak lakukan apa-apa perkara kecuali setelah menerima arahan Dato' Ishak. Mungkinkah ada perkara tersembunyi di sebalik perletakan jawatan itu? Mari kita sama-sama saksikan. Cuma KERISMUDA ingin memberi pandangan jangan kita terlalu berpolitiking sehingga lupa nak membela bangsa.

Untuk semua pemimpin UMNO di Bahagian Seremban. JANGAN CEPAT KECEWA!

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum

apa dah jadi pemuda seremban cerita hanya memburuk2kan orang dan tidak ada faedah yang boleh membawa kekuatan kepada Umno.

Usaha gigih KP Seremban hanya sia sia jika jentera yang ada tidak sama sama membantu..Pemuda Seremban dah berjaya mengubah arus , pastikan tidak terikut ikut rentak yang lama...

Kawan Pemuda Seremban

Anonymous said...

Kengkawan,

Bagus blog pemuda Seremban ni. Banyak bukti yang menunjukkan pemuad Seremban ni committed untuk membantu rakyat. Alhamdulliallah !!
Tapi yang peliknya, mana kawan pun dah confused. Siapa sebenarnya KP Seremban ni. Saudara Halim je yang nampak. Kalau ikut tanggungjawab, ini semua bukan kerja S/U pemuda. Diharap KP Seremban ni sudah-sudahlah kejar kontrak sana sini. Turunlah membantu kawan-kawan yang lain. Dulu beria benar nak jadi KP. Sebenarnya dia ni tau tak apa tugas dia sebenarnya. Sebagai KP, bukannya kerja mengarah orang je. Ketua kena dicontohi dan bukan sibuk buat hal sendiri.

Budak Gebok

Ketua Pemuda Sg Machang Ulu said...

Salam Perjuangan,

Semoga Rakan-rakan perjuang Agama,Bangsa & Negaraku dalam keadaan tenang dan senang.

Saya 'tercuit' untuk menulis pandangan bagi beberapa perkara dan peristiwa yang berlaku sepanjang bulan mesyuarat agung di Dun-Dun saya hadir.Diantara adalah sokongan terhadap kehadiran ahli-ahli yang datang ke mesyuarat tersebut.'Sunyi' rasanya mesyuarat tu..atas alasan bukan tahun pemilihan tampuk pimpinan.Walau hal sebenarnya disitu tempat kita patut membahaskan apa yang telah terjadi dan mungkin terjadi pada bangsa kita.Longgar nampaknya silaturahim kita sesama agama dan bangsa.Golongan muda khasnya,kurang peka akan hal ini.mereka bersorak-sorak mengatakan aku bangsa melayu..tapi akhirnya kampung tergadai.

Ada yang menarik lagi sampai tak sanggup nak terus pejuang...akhir letak jawatan..mungkin kita tak tahu apa sebabnya..tak pelah..adalah yang akan sambung perjuangan tu..Entahlah...sedih bila kenangkan apa bakal terjadi dengan bangsa aku.Banyak sudut kita masih perlu diperkasakan..kita melayu bertamadun,berpendidikan,berinovasi dan berteknologi tapi hakikatnya masih ada bergantung dengan bangsa lain untuk terus hidup dan paling hina bersekongkol bukan seagama dengan kita dalam menjatuhkan saudara kita sendiri.

Mampukah kita menghadapi saat-saat getir dan perit semasa zaman dulu-dulu.Banyak peristiwa yang meruntun jiwa bangsa kita hingga hari ini yang kesannya masih terasa,Perjuangan kita tidak akan selesai...

salam,

Ketua Pemuda SMU

kerismuda said...
This comment has been removed by the author.