Tuesday, August 25, 2009

Hayy hayy di bulan yang mulia ini......

Terbaca satu ruangan di akhbar Metro beberapa hari lalu tentang Akhil Hayy naik berang di kutuk dalam blog-blog tertentu. Kemarahan Akhil Hayy terserlah apabila dia mengatakan akan menyaman blogger kerana mengaibkan dirinya.

Ini berlaku rentetan dari perkahwinannya dengan penyanyi Wassini. Dirasakan kontroversi timbul berpunca dari tindakan Akhil menafikan itu dan ini bila ditanyakan tentang hubungannya dengan Waheeda. Lagi satu cerita penceraiannya dengan isterinya. Ini membuatkan konroversi lebih besar.

Namun itu adalah perkara peribadi dan memang patut diserahkan kepada Akhil sendiri untuk menguruskannya.

Apa yang KERISMUDA nak sentuh di bulan yang mulia ini bahawa apabila orang mula mengutuk dalam blog ke atau dimana sekalipun,jelas sebagai manusia yang punyai perasaan akan naik berang! Ini juga berlaku kepada diri Akhil kerana dia juga seorang manusia yang punyai perasaan.

Tapi cuma KERISMUDA nak beri peringatan pada Akhil, walaupun KERISMUDA tdak mempunyai kafe! Dulu Akhil datang ke Seremban berceramah ikut sedap tekak Akhil hentam Kerajaan. Di Surau Hitam di Gedong Lalang sedap-sedap aje Akhil kutuk kerajaan. Lagu "Sejati" kumpulan Wings, Akhil tukarkan jadi "Korupsi".Memang Akhil ada bakat menyanyi dan mendapat sorakan dari para pengunjung di ceramah tersebut. Masa itu ,mungkin Akhil terlupa kepada perasaan pemimpin Kerajaan yang juga adalah manusia.

Bila terkena pada Akhil sendiri, Akhil melenting, Akhil naik berang! Allah itu MAHA KAYA dan MAHA ADIL Akhil! Apabila DIA menduga Akhil, adakah Akhil bersedia menerimanya?

KERISMUDA mendoakan Akhil berbahagia dengan Waheeda sehingga ke akhir hayat. Mungkin selepas ini, Akhil lebih matang dalam tingkah laku Akhil. Ingat Akhil , ALLAH itu MAHA KAYA dan MAHA ADIL!


1 comments:

Anonymous said...

sudah lah akil hayy nama jer usta akil hayy tapi buat scandal sana sini anak bini ko biar kat umah sekarg ko ceraikan bini pertama, x lama pastu ko kawin baru sah ler ko pun dlm katogeri lelaki idung belang,buat ceramah ngutuk kerajaan pada ustaz akil hayy argh chit podah hey akhil hayy ko taubat ler jgn ler ko terus kan hidup begini lagi