Tepat jam 12.00 tengah malam 30.08.2009, bergema laungan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali di tengah-tengah lokasi Bazaar Ramadhan Ampangan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan bendera Jalur Gemilang dinaikkan. Perkara ini telah disaksikan bersama oleh lebih kurang 1000 orang pengunjung Bazaar Ramadhan yang berada di sana ketika itu.
Perkara itu adalah sebahagian dari pengisian Majlis Sambutan Hari di Ambang Merdeka sempena Ulangtahun Kemerdekaan Negara kali ke 52 yang dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Anak Jati Ampangan (PAJA), Persatuan Penduduk Flat UDA Ampangan (PPFU) dan Sukarelawan DUN Ampangan (SDU) selaku Pengurus & Penganjur Bazaar Ramadhan Ampangan dengan kerjasama dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban dan Pergerakan Pemuda UMNO DUN Ampangan.

Menurut jurucakap Program , En Nazaruddin bin Abu Bakar (56 tahun) merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Penganjur Bazaar Ramadhan di Ampangan yang telah sama-sama sepakat untuk menjayakan sambutan di Ambang Kemerdekaan Malaysia kali ke 52. Dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, semua Penganjur Bazaar Ramadhan dapat disatukan bagi melaksanakan sambutan hari yang bermakna untuk semua rakyat Malaysia. Beliau juga turut berterimakasih kepada Pergerakan Puteri UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO kerana sama-sama memeriahkan serta menjayakan program ini.
Menurut Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban, Wan Salwati binti Wan Abdullah (35 tahun) Program ini dengan sendirinya menggambarkan bahawa Persatuan-Persatuan yang ada di DUN Ampangan ini boleh duduk bersama untuk berbincang bagi menjayakan apa sahaja program yang dirancang. Bagi pihak Pergerakan Puteri dan Pergerakan Pemuda amat menyambut baik muafakat yang sebegini dan bersedia untuk memberikan kerjasama dalam apa jua aktiviti yang dirancangkan di DUN Ampangan.

Kelihatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban ,Pn Wan Salwati dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Sdr Shahrul Ekhsan turut sama menjayakan program ini
Program tersebut berakhir jam 1.00 pagi 31.08,2009 dengan lawatan ke gerai-gerai yang ada di Bazaar Ramadhan disamping beramah mesra dengan peniaga-peniaga yang berniaga di Bazaar Ramadhan tersebut.
0 comments:
Post a Comment