" Setelah meneliti keterangan-keterangan saksi pendakwa dan bukti-bukti yang dikemuka serta hujah peguambela dan pendakwa, saya dengan ini berpuashati tidak ada wujud kes prima facie dalam kes pihak pendakwa, Maka diperintahkan anda Mohd Nor bin Awang dilepaskan dan dibebaskan dari dua tuduhan memberi rasuah.." Demikianlah kata-kata Yang Arif Hakim Mahkamah Sesyen Seremban,Tuan Zamri bin Abu Bakar yang di sambut dengan tepukan gemuruh sahabat-sahabat Sdr Mohd Nor bn Awang yang jelas gembira dan lega dengan keputusan yang diberikan oleh Yang Arif Tuan Zamri tepat jam 10.35 pagi tadi.
Keputusan tersebut juga telah menamatkan penantian selama satu tahun yang mana ianya merupakan tempoh pebicaraan kes Sdr Mohd Nor Awang yang telah dihadapkan dengan 2 pertuduhan merasuah seorang ketua cawangan bagi mendapatkan pencalonan untuk beliau bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Seremban bagi sesi 2008-2011.
Suatu fakta yang menarik adalah kes ini adalah kes pertama dalam negara ini yang didakwa oleh SPRM dalam Mahkamah yang melibatkan proses pemilihan dalam UMNO. Kes Dato' Norza adalah kes yang kedua dibawa oleh SPRM yang mana melibatkan proses pemilihan UMNO.
Apa yang menarik dalam ulasan perintah yang diberikan oleh Yang Arif Tuan Zamri adalah tentang keterangan Rezwat Shahril (saksi ke-5 Pendakwa) yang bercanggah dengan rakaman percakapan yang dikemukakan dalam Mahkamah. Menurut keterangan Rezwat semasa beliau dalam kereta Sdr Mohd Nor dia mengatakan bahawa Sdr Mohd Nor berkata"Nah RM 500 tolong calonkan abang" namun melalui pita rakaman yang dimainkan (yang dipakai oleh Rezwat) tiada langsung ada dialog sedemikian. Kemungkinan dialog tersebut ditelan oleh bunyi persekitaran adalah mustahil kerana pita rakaman tersebut adalah dalam keadaan baik sehingga ia mampu merakamkan setiap bunyi tapak Rezwat ketika Rezwat sedang berjalan ke arah kereta Sdr Mohd Nor!
Mahkamah juga mengambil pertimbangan fakta yang dikemukakan bahawa Sdr Mohd Nor adalah seorang yang dermawan dan Rezwat selalu meminta bantuan beliau bila ada kesempitan wang. Yang Arif Hakim menjadi musykil dan ragu apabila pada kali itu, wang yang diberikan kepada Rezwat di kata sebagai suapan rasuah pula.
Disini KERISMUDA berpendapat bahawa berdasarkan bukti yang dikemukakan,Rezwat adalah seorang yang tidak bercakap benar dan perkara ini berlaku kerana mainan politik Rezwat sendiri atau mungkin di dalangi oleh individu yang lain.
Dalam perbicaraan kes, semasa pegawai SPRM yang bernama Hazlisham memberi keterangan ,beliau menjelaskan beliau mendapat maklumat tentang pergerakan Mohd Nor dari sumber (individu yang dirahsiakan identitinya) dan sumber ini yang memberi nombor telefon Rezwat dan meminta beliau (Hazlisham) untuk menghubungi Rezwat dimana SPRM kemudiannya telah menggunakan Rezwat untuk memasang perangkap terhadap Sdr Mohd Nor. (pemasangan perangkap ini adalah suatu yang dibenarkan dibawah Akta Pencegahan Rasuah)
Siapakah sumber ini sebenarnya? Ini menunjukkan Rezwat tidak bergerak sendirian tetapi ada dalang yang turut sama memainkan peranan untuk memerangkap Sdr Mohd Nor!
Yang pastinya Sdr Mohd Nor adalah mangsa dalam kes ini dan dalam pandangan KERISMUDA Sdr Mohd Nor adalah orang yang teraniaya. Beliau telah diaibkan, dilucutkan dari jawatan politik dan tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan UMNO yang baru lalu.Namun Allah SWT MAHA BESAR dan DIA telah menunjukkan keadilannya dalam bulan yang mulia ini!
Kepada Sdr Mohd Nor ucapan tahniah dan syabas dari KERISMUDA atas kecekalan dan kesabaran saudara menghadapi dugaan dalam perkara ini ! Kepada sahabat-sahabat yang setia bersama memberikan sokongan moral terimakasih diucapkan. sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalaskan kebaikan sahabat-sahabat semua! To the talented defence team Mr Param, Mr Prakash, Sdr Rafitzi and Sdr Abdul Halim Lokman... Well done guys, You all did a good job!Let the truth prevails!

2 comments:
Sumber ni mesti Sahak Botak! Amende le kuat naiaya orang!
baik2 bang, depan cakap lain,belakang cakap lain,belum jatuh hukum cakap mcm2,bila dah bebas tak salah cakap aku yg banyak tolong nur awang(m.c).depan kita baik ,belakang kita cakap mcm2.abg kenal siapa orang tu,hati2 ya bang.........
Post a Comment